Makmal Komputer Sekolahku....

Makmal komputer sekolah telah dibina pada akhir tahun 2002 dan siap sepenuhnya pada tahun 2003. Sebelum wujudnya makmal komputer, sekolah ini telah mempunyai bilik komputer yang ditempatkan di tingkat atas (paras 3) bangunan baru. Bilik komputer pada masa itu mempunyai 10 buah komputer yang telah dibekalkan oleh MIMOS. Pada akhir tahun 2003, disebabkan keperluan semasa negara yang semakin maju, maka sekolah ini dibekalkan sebanyak 12 buah komputer KOMNAS.